Posted by: zoulsoul | 24 Ogos 2007

Bz sikit

i’ll be back soon… tengah bz sikit.

Posted by: zoulsoul | 16 Ogos 2007

Cara tambah YM Online Status

Soalan 1: Macam-mana En.Zoul tambah YM ONLINE STATUS.

Untuk tambah YM ONLINE STATUS pada blog anda, anda boleh mendapatkan kod skrip di http://messenger.yahoo.com/addpresence.php, masukkan Yahoo! ID anda dan salin kod skrip yang dihasilkan. Untuk WordPress, tambah Text Widget, jika Blogger, tambahkan page element(HTML/Script) dan letak kod skrip yang anda salin itu di situ.

Terdapat dua saiz ikon yang boleh anda pilih dan berikut adalah contoh beberapa kod skrip dan hasilnya yang boleh anda boleh salin dan guna, tetapi anda perlu menukar Yahoo! ID zoul73 kepada Yahoo! ID anda.

Ikon bersaiz kecil.

Ikon bersaiz kecil.

1. IKON STATUS PILIHAN MESEJ WEB.

Ikon bersaiz kecil.

Ikon bersaiz besar.

2. IKON STATUS PILIHAN MESEJ TERUS.(Untuk BLOGGER sahaja)

Ikon bersaiz kecil.

Ikon bersaiz besar.

3. IKON STATUS TANPA PILIHAN MESEJ.

Ikon bersaiz kecil.

Ikon bersaiz besar.

Anda boleh mencuba pilihan-pilihan yang ada. YM ONLINE STATUS yang digunakan di bahagian ’sidebar’ blog ini adalah IKON STATUS TANPA PILIHAN MESEJ bersaiz besar. Selamat Mencuba.

Posted by: zoulsoul | 15 Ogos 2007

Panduan Asas WordPress & Blogger

Soalan yang ditanya di email saya..

Soalan 1: Macam-mana nak buat BLOG ?

Didalam blog ini memang terdapat panduan asas menggunakan WordPress dan Blogger secara video tutorial yang diambil dari YouTube di tab WordPress dan Blogger. Hanya klik tab yang berkenaan, tab WordPress video pasal WordPress, tab Blogger video pasal Blogger. Selamat Menonton.

Soalan 2: Macam-mana En.Zoul design Blog RAK ?

Actually ramai juga yang email bertanyakan cara saya buat blog Rumah Anak Kesayanganku(RAK) atau blog Sentralpoint Systems. Cara saya buat blog RAK, macam kat bawah ni.. :

  • Design asas pakai power point jea.. save design guna format png
  • Lepas tu.. slice kan design tu guna photoshop
  • then start design & edit kod HTML.. sama macam korang buat web
  • siap jea… copy html code dia… then paste kat ruang TEMPLATE guna Edit HTML.
  • cara nak tambah tu, tag HTML blogger kena kursus laa.. & nak kursus pun kena ada asas HTML.

Video saya upload di Yahoo Video.. sebab ianya lebih mudah guna akaun yang sama dengan email, cuma slow sikit kalau guna Yahoo Video ni. Kalau guna YouTube pulak, ada sedikit masalah, iaitu apabila selesai tayangan ia akan memaparkan video yang ‘related’ dengan video yang kita upload, kalau video yg ‘related’ tu.. betul-betul related takpe, tapi takut tak ‘related’ langsung jea. Kalau guna Photobucket pulak, ‘just 5 minutes video’ boleh upload bagi satu-satu fail. Ada banyak lagi perkhidmatan untuk host video ni, tapi yg paling mudah dan tak perlu buat akaun lain.. ingat password lain, ingat laman web lain dan sebagainya, gunakan akaun yang sama dengan email anda..lagi senang… kalau email yahoo..guna yahoo video, kalau email gmail..guna goggle video.

Blog Rumah Anak Kesayanganku

Posted by: zoulsoul | 10 Ogos 2007

Masih lagi tercari-cari… perbezaan WordPress

Kelebihan utama WordPress yang saya nampak ialah ianya boleh digunakan sebagai enjin blog untuk server anda dengan menginstallkannya diserver anda di bahagian CPanel(Rujuk Panduan). Tetapi jika anda ingin mengubah rekabentuknya secara keseluruhan dengan hanya menggunakan perkhidmatan basic.. TIDAK BOLEH. Ini adalah perbezaan ketara antara WordPress dan Blogger. Ini beerti jika anda menggunakan BLOGGER, anda boleh mencuri rekabentuk WORDPRESS tetapi tidak sebaliknya kecuali anda mempunyai server host.

http://sentralpoint.blogspot.com

Posted by: zoulsoul | 21 Jun 2007

WordPress & Blogger

Saya masih lagi tercari2 perbezaan wordpress berbanding blogger, tak tahu macam-mana nak edit code html or tambah css bila guna wordpress ni… tapi secara asasnya wordpress memang mudah bagi newbie. Bagi orang lama(Otai) macam saya mungkin agak mengelirukan dan masih tercari-cari. Tapi kalau baca info yang ada kat sini, kalau nak tukar css pun kena bayar… so kena guna design yg disediakan jea laa.. kalau nak guna jugak design sendiri kena hosting dan setup kat CPanel.

kategori